Perihal Iklan Apl

Paparkan apl anda kepada pengguna yang dikehendaki.

Iklan apl ialah cara yang mudah untuk mempromosikan apl anda kepada pengguna iOS atau Android di Google – anda tidak memerlukan pengalaman pengiklanan.

Mula sekarang
permainan kembara

Pengenalan kepada iklan apl.

1

Buat dan sesuaikan.

Untuk bermula, cuma taipkan teks iklan yang anda mahu dan lokasi anda. Google akan mereka bentuk dan membina iklan apl tersuai untuk anda dan membolehkan anda memaparkan berbilang reka bentuk merentas seluruh rangkaian Google. Anda juga tidak perlu risau – anda boleh membuat perubahan pada bila-bila masa kemudian.

2

Tetapkan belanjawan harian anda.

Tentukan kos setiap pemasangan (amaun yang anda sanggup bayar bagi setiap pemasangan apl anda) dan enjin pembuatan iklan dan pembidaan kami akan membantu anda meningkatkan prestasi kempen dalam lingkungan belanjawan anda.

3

Temui pengguna yang berkualiti tinggi.

Beritahu kami tindakan yang anda mahu diambil oleh pengguna dalam apl anda dan kami akan memaparkan iklan anda kepada pengguna yang berkemungkinan melengkapkan tindakan tersebut.

Perluas jangkauan anda secara besar-besaran.

Selepas proses persediaan yang mudah, iklan anda akan layak untuk menjangkau lebih satu bilion pengguna di seluruh rangkaian Google, termasuk Carian Google, Google Play, YouTube dan beribu-ribu tapak mudah alih dan apl yang lain.

Peroleh lebih banyak nilai daripada setiap iklan.

Untuk memaksimumkan potensi kempen anda, Google menguji setiap iklan dalam akaun anda dan secara automatik mempromosikan reka bentuk yang mempunyai prestasi terbaik. Kami juga membuat pengoptimuman berdasarkan jenis pengguna yang ingin dicari – jadi, sekiranya apl anda ialah permainan berbilang tahap, kami akan mengambil kira permainan lain yang dimainkan oleh pengguna dan menyasarkan pengguna yang berkemungkinan untuk mencapai tahap 5 atau lebih tinggi.