Jangkau pelanggan di web dan dalam apl — merentas peranti.

Iklan paparan AdWords kelihatan di lebih dua juta tapak web dan dalam lebih 650,000 apl, supaya iklan anda boleh dipaparkan di mana-mana sahaja khalayak anda berada.

Terdapat lebih daripada satu cara untuk memaparkan iklan.

Teks

Seperti iklan di Carian Google, iklan paparan termasuk tajuk, dua baris teks dan URL.

Gmail

Paparkan iklan tersuai dalam Gmail supaya pengguna boleh menyimpan, memajukan dan mengembangkan iklan anda dalam peti masuk mereka.

Sepanduk

Dengan menggunakan imej atau media kaya, iklan ini membolehkan anda menyertakan reka letak tersuai, unsur interaktif, animasi dan banyak lagi.

Apl

Buat kempen yang menyasarkan kategori apl mudah alih tertentu, atau jejak prestasi iklan dalam apl yang sedang anda siarkan.

Iklan paparan dijelaskan.

1

Pilih format dan buat iklan anda.

Anda hanya memerlukan masa beberapa minit untuk membuat iklan teks ringkas atau menggunakan imej, dengan galeri iklan disertakan dalam akaun anda.

2

Tentukan tempat iklan anda akan disiarkan.

Iklan paparan membolehkan anda membuat kempen yang amat disasarkan berdasarkan pengetahuan anda tentang pelanggan anda, seperti minat atau demografi.

3

Tetapkan belanjawan anda.

Tentukan amaun yang anda mahu belanjakan untuk menjangkau khalayak sasaran anda dan mula paparkan iklan anda kepada pengguna yang paling mudah menerima iklan tersebut.

Jangkau pelanggan yang betul.

Rangkaian Paparan Google menjangkau 90% pengguna Internet di seluruh dunia melalui berjuta-juta tapak web, halaman berita, blog dan tapak web Google seperti Gmail dan YouTube. Anda boleh menggalakkan pelanggan untuk melihat jenama anda, mempertimbangkan tawaran anda dan mengambil tindakan menggunakan pilihan khusus untuk penyasaran, kata kunci, demografi dan pemasaran semula.

Teruskan membuat peningkatan.

Ukur hasil iklan anda dan tentukan khalayak yang paling mudah menerima iklan anda. Sama ada anda mahu meningkatkan jualan atau memperoleh lebih banyak panggilan, AdWords membantu anda mengukur prestasi kempen supaya anda boleh membuat pelarasan dan mencapai objektif anda.