Pastikan anda mudah ditemui dengan Carian Google.

Iklan carian dipaparkan bersebelahan hasil carian Google apabila pengguna mencari produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Selain itu, anda hanya perlu membayar apabila pengguna mengklik untuk melawat tapak web anda atau menghubungi perniagaan anda.

Kempen Carian

1

Buat iklan carian anda.

Membina iklan carian pertama anda memerlukan beberapa minit sahaja. Mulakan dengan menulis iklan yang memaklumkan kepada seseorang perkara yang anda tawarkan.

2

Cari pelanggan anda menggunakan kata kunci.

Seterusnya, pilih kata kunci yang bakal pelanggan mungkin mencari di Google untuk mencari perniagaan anda.

3

Tetapkan belanjawan iklan carian anda.

Tetapkan belanjawan harian dan iklan anda sudah bersedia untuk disiarkan.

Cara pengguna melihat iklan anda.

Pada PC, tablet dan telefon pintar, jika perkataan yang ditaip oleh pengguna di Google sepadan dengan kata kunci anda, iklan anda boleh disiarkan di atas hasil carian.
Anda hanya membayar apabila pengguna mengklik — sama ada untuk pergi ke tapak web anda atau menghubungi perniagaan anda. Dengan berjuta-juta carian dalam sehari di Google, anda boleh memastikan pelanggan anda melihat jenama anda, mempertimbangkan tawaran anda dan mengambil tindakan.

tembikar buatan tangan

Tembikar Ibrahim - Seramik Halus Buatan Tangan

Iklan example-business.com

Pasu bunga dan tembikar yang cantik.
Beli-belah online sekarang!

Ukur, belajar dan berkembang.

Setelah iklan anda disiarkan, anda boleh mendapatkan laporan prestasi iklan tersebut — dan membuat pelarasan pada bila-bila masa. Anda juga boleh membuat iklan yang berbeza untuk melihat iklan dengan prestasi yang terbaik.