Siarkan cerita anda.

Iklan video dipaparkan hanya kepada pengguna yang anda mahu dan hanya bayar apabila mereka menonton iklan anda. Dalam erti kata lain, anda tidak akan membazirkan wang dengan mengiklankan kepada pengguna yang tidak berminat dalam perniagaan anda.

Mula sekarang

Pratonton iklan video.

1

Dapatkan iklan anda secara langsung.

Setelah anda membuat video, anda hanya perlu menyediakan akaun YouTube dan memuat naik video tersebut. Kemudian anda boleh menggunakan AdWords untuk memulakan kempen anda di YouTube. Video anda akan ditampilkan sebelum atau bersebelahan video yang berkaitan atau dalam hasil carian.

2

Pilih tempat yang iklan anda akan kelihatan.

Sama ada anda menyasarkan peminat sukan, penggemar muzik, atau sesiapa sahaja, anda boleh memilih khalayak anda berdasarkan umur, jantina, lokasi, minat dan banyak lagi.

3

Tentukan amaun yang anda mahu belanjakan.

Tetapkan belanjawan anda dan gunakan alatan Analitis YouTube untuk melihat ciri yang berfungsi.

Pilih pelanggan ideal anda.

YouTube menjangkau lebih ramai penonton berusia 18-49 tahun daripada mana-mana rangkaian kabel di Amerika Syarikat. Dengan lebih satu bilion pengguna, anda boleh memilih penonton yang anda mahu berdasarkan umur, jantina, lokasi, minat dan banyak lagi. Selain itu, anda hanya membayar apabila mereka berinteraksi dengan iklan anda. Jika mereka melangkau sebelum 30 saat (atau penamat) anda tidak perlu membayar.

Lihat ciri yang memberikan hasil.

Gunakan alatan Analitis YouTube untuk memahami penonton iklan anda dan cara mereka berinteraksi dengan iklan tersebut. Anda mempunyai kawalan penuh ke atas belanjawan harian anda, jadi anda boleh membelanjakan amaun yang anda fikirkan sesuai.

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Teroka iklan video di Youtube.com

Logo YouTube