Jangkau pelanggan yang betul menggunakan
kata kunci yang tepat.

Dapatkan idea kata kunci untuk membantu membina kempen anda menggunakan Perancang Kata Kunci AdWords.

Mula menggunakan Perancang Kata Kunci

“Kami dapat mengikuti perkembangan aliran kata kunci untuk memperhaluskan kempen carian dan memastikan kandungan kekal berkaitan”.
Brad Beiter - Kandungan Prestasi VP, Performics

Cara ciri ini berfungsi

Temui kata kunci baharu.

Mulakan dengan mencari perkataan atau frasa yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Perancang Kata Kunci berfungsi untuk mencari kata kunci yang paling berkaitan dengan perniagaan anda yang kemudiannya boleh anda pilih untuk ditambahkan pada pelan anda.

Bandingkan aliran kata kunci.

Dapatkan anggaran bida yang dicadangkan dan lihat kekerapan kata kunci dicari serta perubahan volum carian dari semasa ke semasa. Melalui cara ini, anda boleh menapis senarai kata kunci dan menetapkan belanjawan untuk kata kunci yang anda benar-benar mahu.

Buat dan kongsi pelan anda.

Apabila anda mempunyai pelan yang anda suka, anda boleh menyimpan pelan tersebut pada akaun anda atau berkongsi pelan anda bersama pengguna lain. Kemudian, anda boleh membuat kumpulan iklan dan menetapkan bida untuk setiap kata kunci sebelum menghidupkan kempen anda.

Mula memilih kata kunci yang lebih baik.

Buat pelan untuk melihat cara anda boleh mendapatkan kata kunci yang lebih baik pada harga yang terbaik mungkin.

MULA MENGGUNAKAN PERANCANG KATA KUNCI