Semua akaun AdWords anda di satu tempat.

Pantau dan uruskan semua akaun AdWords anda daripada satu papan pemuka. Jimatkan masa dengan pengurusan kempen dan pelaporan merentas akaun, kawalan akses dan pengebilan disatukan.

Mula sekarang
scroll icon
"Paparan kempen baharu dalam akaun pengurus kami kini membolehkan kami mengurus dan mengoptimumkan semua kempen kami dari satu paparan."
Jeremy Legrand, Ketua SEM, Kaymu

CARA CIRI INI BERFUNGSI

Akses akaun anda dengan pantas.

clock icon

Jimatkan masa dengan log masuk tunggal.

Menggunakan akaun pengurus anda (dahulunya dikenali sebagai Pusat Pelanggan Saya atau MCC), anda boleh menghubungkan semua akaun AdWords yang anda uruskan dan mengakses akaun tersebut dengan log masuk tunggal. Tidak perlu meminta kata laluan untuk memautkan akaun — hanya minta kebenaran.

visibility icon

Lihat semua akaun anda sekali gus.

Uruskan akaun dan kempen berasingan atau lihat semua akaun dan kempen sekali gus. Gunakan label akaun untuk menyusun akaun, membuat peraturan automatik dan menetapkan makluman serta dan pemberitahuan e-mel. Anda juga boleh mengambil tindakan dengan cepat dengan mengemas kini belanjawan harian dan mendayakan atau menjeda kempen anda merentas akaun.

access icon

Berikan akses dan kawalan.

Akaun pengurus telah dibina dengan turut mengutamakan keperluan organisasi yang lebih besar. Buat akaun sub-pengurus tersarang untuk berkongsi akses dengan pengurus lain, memberikan akses baharu dan mengawal tahap akses dalam keadaan peranan seseorang berubah.

KETAHUI LEBIH LANJUT

Buat laporan penuh bermaklumat

Lihat ciri yang memberikan hasil. Betulkan ciri yang tidak berfungsi.

checkboard icon

Pantau prestasi dan berkongsi laporan.

Bandingkan prestasi merentas semua akaun dan jalankan laporan untuk apa-apa sahaja daripada prestasi kata kunci hingga pelaporan dimensi. Anda juga boleh melaraskan tetapan anda untuk menjana dan menge-mel laporan automatik secara tetap.

graphline icon

Sediakan penjejakan penukaran merentas akaun.

Jejak penukaran merentas berbilang akaun AdWords menggunakan coretan kod penukaran tunggal. Ini membolehkan anda membuat laporan yang lebih ringkas dan lebih berkuasa, menjejak kata kunci, mengurangkan salah kiraan dan menjadikan tapak web anda laju.

Satukan pengebilan anda

Jadikan pengebilan mudah.

thanks icon

Jadikan pengebilan lebih lancar.

Pengebilan Disatukan ialah cara yang mudah untuk agensi, penjual semula dan pengiklan besar untuk menggabungkan invois bagi beberapa akaun ke dalam satu invois bulanan. Jika anda memindahkan kos siaran iklan kepada pelanggan anda, kami akan menyediakan laporan kos bulanan, menunjukkan aktiviti untuk setiap akaun AdWords.

graphbar box icon

Kuasai belanjawan anda.

Dapatkan kemas kini belanjawan untuk semua akaun terurus anda dan jejak akaun yang dibilkan melalui papan pemuka akaun pengurus anda. Tab "Belanjawan" memaparkan maklumat pengebilan yang berkaitan untuk membantu anda memantau perbelanjaan bagi semua akaun terurus anda.

Mulakan.

Sediakan akaun pengurus dan lancarkan semua kempen anda.

Mula sekarang